Ramai ibu ayah ingat bila bayi letih sangat, dia akan tidur lena. Tapi sebenarnya, bila bayi terlalu penat, dia akan lebih susah tidur daripada biasa. Kenapa jadi macam tu?
Bila Bayi Terlalu Penat, Badan Akan Keluarkan Hormon Stres
Apabila bayi terjaga terlalu lama atau tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu yang sepatutnya, tubuhnya akan menghasilkan hormon stres seperti cortisol dan adrenaline. Hormon ini menyebabkan bayi menjadi:
-
Resah dan gelisah
-
Menangis tanpa henti
-
Susah untuk ditenangkan
-
Kerap terjaga walaupun sudah tidur
Situasi ini dipanggil “overtired” atau terlalu penat, dan inilah punca sebenar masalah tidur bayi yang ramai ibu bapa tak sedar.
Tanda-Tanda Bayi Terlalu Penat
Kenali tanda-tanda ini sebelum bayi jadi terlalu penat:
-
Kerap menggosok mata atau telinga
-
Merengek tanpa sebab
-
Hilang minat bermain
-
Melengkungkan badan atau mengelak sentuhan
Jika anda nampak tanda-tanda ini, jangan tunggu lama! Segera bantu bayi untuk tidur sebelum hormon stres naik dan tidur jadi lebih mencabar.
Cara Bantu Bayi Tidur Sebelum Terlalu Penat
-
Ikut rutin tetap – Tidurkan bayi pada waktu yang sama setiap hari.
-
Kenal waktu “sleep window” – Perhatikan bila bayi mula menunjukkan tanda mengantuk dan tidurkan sebelum dia “overtired”.
-
Cipta suasana tidur yang tenang – Gunakan cahaya malap, white noise, dan bau yang menenangkan seperti lavender.
-
Kurangkan rangsangan sebelum tidur – Elakkan permainan aktif atau skrin sebelum waktu tidur.
Bayi terlalu penat bukan bermaksud dia akan tidur lena. Sebaliknya, dia akan jadi lebih sukar untuk tidur kerana hormon stres dalam badan. Sebagai ibu bapa, tugas kita adalah bantu bayi tidur sebelum dia jadi “overtired”.
Jadi, perhatikan isyarat awal dan pastikan bayi tidur cukup mengikut usianya. Tidur cukup = bayi lebih ceria, sihat & mudah dijaga.
Nak bantu anak tidur lebih cepat dan tenang? Cuba Dudooi Sleep Spray kami, pilihan ibu bapa seluruh Malaysia!"