Kepada pelanggan yang dihargai,
Kami ingin mengingatkan anda tentang penipuan Cash on Delivery (COD) yang kini semakin berleluasa. Modus operandi sindiket ini adalah menyamar sebagai wakil kurier dan Meminta anda membayar bungkusan yang belum sepatutnya dihantar, atau lebih teruk anda sendiri tak pernah membuat pesanan itu.
Jangan bayar atau terima bungkusan yang anda tidak kenal atau tidak pernah order.
Berikut beberapa tips mudah untuk elak menjadi mangsa:
-
✅ Semak betul-betul nama penghantar dan nombor tracking sebelum membuat sebarang bayaran.
-
✅ Pastikan anda memang ada membuat pesanan COD daripada mana-mana seller sebelum terima bungkusan.
-
❌ Jangan buka atau bayar bungkusan mencurigakan, walaupun kurier mendesak.
-
📞 Hubungi penjual atau platform rasmi jika anda ragu-ragu dengan bungkusan yang diterima.
Kami sarankan semua pelanggan untuk berwaspada dan bertindak bijak bagi melindungi diri daripada penipuan ini. Sekiranya anda menerima bungkusan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa atau terus ke pejabat kurier terdekat.
Keselamatan anda keutamaan kami.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan berhati-hati.